• LIBRARIAN
  •    Just another Web.klconfucian.edu.my weblog
 
  • Posted on 09 Sep 2008
  •  

Perpustakaan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian ditubuhkan olah Encik Lee Kee How pada tahun 1968.Dalam tempoh masa 35 tahun,perpustakaan telah mengalami pembaharuan dan perkembangan dari semasa ke semasa.

OBJEKTIF :
-Memupuk sikap suka membaca sebagai amalan biasa kepada masyarakat dan organisasi.
-Menambahkan ilmu pengetahuan dan mengutuhkan proses pembelajaran.
-Membina organisasi yang kaya dalam pembelajaran serta mempercepat Wawasan 2020.
-Menggalakkan para pelajar menggunakan segala perkhidmatan yang disediakan.

KEAHLIAN :
Lembaga Pengawas Pusat Sumber dikelokakan oleh 5 orang ahli jawatankuasa,5 orang ketua kumpulan dan 80 orang pengawas pusat sumber dari Tingkatan 5,4,3,2,dan 1.

MASA BERTUGAS
Isnin – Khamis 11.00a.m - 4.30p.m
Jumaat 11.00a.m – 4.00p.m

Semasa peperiksaan PMR dan SPM,perpustakaan juga dibuka sepanjang masa bagi memudahkan calon membuat ulang kaji.

KEMUDAHAN DI DALAM PUSAT SUMBER :
-Buku rujukan
-Buku fiksyen
-Majalah
-Surat khabar
-Carta
-Ensiklopedia
-Risalah
-Projek pelajar
-Kertas soalan peperiksaan tahun-tahun lepas
-Kemudahan melayari Internet

AKTIVITI :
Program Nilam ( Februari – September )
-Rancangan ini telah menggalakkan pelajar-pelajar membaca buku yang berfaedah dan menyemai minat suka membaca di kalangan pelajar.

Memperkenalkan Buku dan Menyampaikan Synopsis Buku
-Program ini dijalankan sepanjang tahun 2009 semasa perhimpunan dan synopsis dipersembahkan oleh pelajar-pelajar untuk memperkenalkan buku yang menarik dan berfaedah kepada pelajar.

Instalasi dan Persaraan Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 5
-Instalasi dan persaraan ini dijalankan pada 16 Mei 2009 di perpustakaan sekolah untuk memperkenalkan ahli jawatankuasa yang baru kepada semua pengawas pusat sumber dan mengeratkan hubungan antara ahli-ahli.
Memberi Tunjuk Ajar Kepada Pelatih Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 1
-Latihan ini telah diberikan kepeda pelatih-pelatih Tingkatan 1 sebanyak dua kali dalam bulan June supaya pelatih-pelatih pengawas pusat sumber dapat memahami sistem-sistem pusat sumber dengan lebih mendalam.

Peperiksaan Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Baru
-Peperiksaan ini telah dianjurkan pada November 2009 untuk pelatih Tingkatan 1 supaya menguji kebolehan dan pemahaman mereka tentang pusat sumber selepas latihan dijalankan .Di samping itu,pelatih yang mempunyai kelayakan dan kebolehan akan dipilih sebagai perpustakawan.

Majlis Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pengawas Pusat Sumber Baru
-Majlis ini diadakan pada 16 Mei 2009 di perpustakaan.

Penghiasan Perpustakaan
-Penghiasan ini telah dijalankan pada akhir tahun 2009 di mana melibatkan semua pengawas pusat sumber dan pelatih.Tujuan aktiviti ini dianjurkan adalah supaya perpustakaan akan kelihatan lebih ceria.

Gotong-royong
-Gotong-royong ini dijalankan pada Disember 2008 untuk membersihkan perpustakaan.Sehubungan dengan itu,penggemblengan tenaga semua pengawas pusat sumber akan kita hargai.

Pendek kata,membaca dapat menambahkan pengetahuan ,meluaskan pandangan dan sebagai kunci kejayaan pada masa depan.Di samping itu,bimbingan,nasihat,dan sokongan Puan Aw Soo Woon,Puan King Yen Sein dan para pengawas pusat sumber yang mengorbankan masa dan menyumbangkan tenaga untuk menjayakan objektif-objektif Lembaga Pengawas Pusat Sumber yang amat kami kagumi.